YT Revista - шаблон joomla Форекс

UJIAN SARINGAN PERTAMA UKM1 TAHUN 2016

Ditulis oleh Super User on . Posted in Uncategorised

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. 

 

 
Pengetua/Guru Besar
Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah- Sekolah Daerah Perak Tengah
 
Tuan,
 
UJIAN SARINGAN PERTAMA UKM1 TAHUN 2016
 
Dengan segala hormatnya, surat Bahagian Pengurusan Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia dirujuk:KPMSP.600-13/14/25 JLD. 2(24) bertarikh 26 Januari 2016 adalah berkaitan.
 
2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Ujian Saringan UKM1 akan bermula dari 1 Februari dan akan berakhir pada 31 Mei 2016. Ujian ini merupakan saringan pertama untuk mencari murid pintar dan berbakat bagi menyertai program-program berikut:
 
         2.1   Murid beragama Islam berusia 8 tahun ( Tahun 2 pada tahun 2016) untuk
                 program Perkhemahan PERMATA Insan di Universiti Sains Islam Malaysia  
                 (USIM).
 
         2.2   Murid berusia 9-15 tahun untuk program Perkhemahan Cuti Sekolah STEM
                 UKM-JHU 2016-2017 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
 
         2.3   Murid berusia 11 dan 12 tahun untuk kemasukan ke Kolej PERMATA Pintar
                 UKM dan Kolej PERMATA Insan USIM pada tahun 2017.
 
3.      Ujian tersebut terbuka kepada semua murid berusia 8 hingga 15 tahun dan boleh diakses secara atas talian di laman web http://ukm1.permatapintar.edu.my. Maklumat lanjut juga boleh diperolehi daripada laman web tersebut.
Sila muat turun surat siaran di bawah:
 
 
4.      Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak tuan adalah dimohon untuk memanjangkan perkara ini kepada semua murid dan ibu bapa/penjaga di sekolah tuan. Maklumat ini hendaklah disampaikan secara menyeluruh dan semua murid perlu diberi peluang mengambil ujian tersebut.
 
5.      Kerjasama tuan berhubung perkara ini diucapkan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Ayub Zamri Bin Halimi, Pen. PPD Menengah(Murid) di talian 05-371 1273 atau 012-5423667.
 
Sekian, terima kasih.

Unit ICT, PPD Perak Tengah

b.p. Pegawai Pendidikan Daerah, Perak Tengah

  •  

    RENDAH

    MENENGAH

    JUMLAH

    SEKOLAH

             58              16            74

    MURID

           9164            8573        17737

    GURU

           1196             938         2134

    DATA SEHINGGA [ 15 JANUARI 2017 ] TIDAK TERMASUK PRA SEKOLAH

  •  
     
     
     
     
  • Meja Bantuan : 03-7711 4646
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    Talian bebas Tol: 1 800 88 2875
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    Meja Bantuan : 03-8884 3680,
    03-8884 3657, 03-8884 3649
    YTL : 018-7998787 
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  •