YT Revista - шаблон joomla Форекс

PENGGUNAAN E-MAIL UNTUK SURAT SIARAN/ MAKLUMAN DALAM URUSAN RASMI.

Ditulis oleh Super User on . Posted in Uncategorised

Assalam 'mualaikum dan Salam Sejahtera

Pengetua,
Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Perak Tengah

 

Tuan,

PENGGUNAAN E-MAIL UNTUK SURAT SIARAN/ MAKLUMAN DALAM URUSAN RASMI.

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas, 

2.       Sukacita dimaklumkan atas dasar langkah-langkah penjimatan dan keputusan mesyuarat tertinggi Pegawai Pendidikan Daerah bersama Tuan Pengarah JPN Perak, penggunaan e-mail akan diguna pakai dalam urusan surat menyurat atau penyampaian makluman. Walau bagaimana pun cetakan surat/ atau makluman lain (diletak di pigeon hole) masih digunakan dalam urusan tertentu dan pihak tuan masih boleh melihat di pigeon hole sekolah masing-masing.

3.       Sehubungan dengan itu, mohon pihak tuan memastikan agar e-mail sentiasa dibuka/ dilihat sekurang-kurangnya 2 kali sehari oleh Pembantu Tadbir atau staf yang dilantik di bawah selian tuan.

4.       Mohon kerjasama tuan untuk memastikan e-mail 1Bestarinet sekolah tuan adalah aktif atau jika berlaku masalah email 1Bestarinet sila maklumkan alamat e-mail yang aktif/ diguna pakai dalam urusan pentadbiran sekolah tuan. Sila maklumkan ke Unit ICT, PPD Perak Tengah alamat e-mail yang aktif jika alamt e-mail 1Bestarinet mengalami masalah.

5.      Kerjasama, keperhatinan dan sokongan tuan sangat-sangat dihargai.

Sekian, terima kasih

Unit ICT, PPD Perak Tengah

 

b.p. Pegawai Pendidikan Daerah, Perak Tengah

  •  

    RENDAH

    MENENGAH

    JUMLAH

    SEKOLAH

             58              16            74

    MURID

           9164            8573        17737

    GURU

           1196             938         2134

    DATA SEHINGGA [ 15 JANUARI 2017 ] TIDAK TERMASUK PRA SEKOLAH

  •  
     
     
     
     
  • Meja Bantuan : 03-7711 4646
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    Talian bebas Tol: 1 800 88 2875
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    Meja Bantuan : 03-8884 3680,
    03-8884 3657, 03-8884 3649
    YTL : 018-7998787 
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  •