YT Revista - шаблон joomla Форекс

UJIAN SARINGAN PERMATA UKM1 TAHUN 2017

Ditulis oleh Super User on . Posted in Uncategorised

Peringatan Mesra

Semua Pengetua/Guru Besar

Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

 Tuan,

 Sukacita perkara di atas dirujuk.

 2.         Adalah dimaklumkan bahawa Ujian Saringan UKM1 akan bermula dari 1 Februari dan akan berakhir pada 31 Mei 2017. Ujian tersebut terbuka kepada semua murid berusia 8 tahun hingga 15 tahun dan boleh diakses secara atas talian di laman sesawang http://ukm1.permatapintar.edu.my. Maklumat lanjut juga boleh diperoleh daripada laman sesawang tersebut.

 3.         Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah hendaklah berperanan untuk menyampaikan maklumat ini secara menyeluruh dan semua murid diberi peluang mengambil ujian tersebut.

 4.         Sekolah-sekolah yang masih belum membuat sebarang penyertaan diharap dapat mengambil tindakan sewajarnya.

5.         Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini boleh hubungi En. Ayub Zamri Bin Halimi, Penolong PPD Menengah (Murid) ditalian 05-371 1273/012-542 3667.

6. Sila muat turun surat-surat berkaitan di ruang Attachment di bawah untuk perhatian dan tindakan Tuan.

 Kerjasama dan perhatian tuan berhubung perkara tersebut amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

 Sekian.

 

Unit Pengurusan Sekolah

b.p. Pegawai Pendidikan Daerah

      PPD Perak Tengah

 

Attachment :

Surat dari JPN dan BPSH KPM berkaitan Ujian Saringan UKM1

Surat Makluman dari PPD.pdf

 

      

  •  

    RENDAH

    MENENGAH

    JUMLAH

    SEKOLAH

             58              16            74

    MURID

           9164            8573        17737

    GURU

           1196             938         2134

    DATA SEHINGGA [ 15 JANUARI 2017 ] TIDAK TERMASUK PRA SEKOLAH

  •  
     
     
     
     
  • Meja Bantuan : 03-7711 4646
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    Talian bebas Tol: 1 800 88 2875
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    Meja Bantuan : 03-8884 3680,
    03-8884 3657, 03-8884 3649
    YTL : 018-7998787 
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  •