YT Revista - шаблон joomla Форекс

PELAKSANAAN 6 AKTIVITI UTAMA INISIATIF PELUASAN PELAKSANAAN PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK) TAHUN 2017 DI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DAN SEKOLAH

Ditulis oleh Super User on . Posted in Uncategorised

Semua Pengetua dan Guru Besar

Sekolah – Sekolah Daerah Perak Tengah

 

Tuan ,

 

PELAKSANAAN 6 AKTIVITI UTAMA INISIATIF PELUASAN PELAKSANAAN PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK) TAHUN 2017 DI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DAN SEKOLAH

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk surat Jabatan Pendidikan Negeri Perak J.Pel.Pk.(AM)5114/26 Jld.2(44) bertarikh 12 Januari 2017.

 

2.         Selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025, inisiatif Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) menjadi salah satu agenda penting untuk mentranformasikan sistem pendidikan negara. Pelaksanaan PIBK di sekolah dilihat mampu berperanan secara aktif sebagai rakan sekolah yang akan membantu meningkat kan proses pembelajaran, keberhasilan murid dan prestasi sekolah.

 

3.         Sehubungan itu, bagi memastikan agar hasrat ini tercapai pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggariskan enam aktiviti utama yang WAJIB dilaksanakan di semua sekolah seperti berikut :

 

Bil

Aktiviti

Pelaksanaan Aktiviti

Pengisian Data

Kutipan Data PPD

Kutipan Data (JPN)

Pengumpulan Data (KPM)

1

Hari Pendaftaran ( Th.1,Tg.1/Kelas Peralihan)

 

Januari

 

Januari

 

20 Jan

 

31 Jan

 

 

 

Jun 2017

2

Hari Penetapan Target (UPSR dan SPM)

 

Feb – Mac

 

Feb – Mac

 

20 Mac

 

31 Mac

3

Mesyuarat Agung PIBG

 

Jan – Mac

 

April – Jun

 

20 Jun

 

31 Jun

4

Hari Pelaporan

April – Julai

Julai – Ogos

20 Ogos

31 Ogos

 

 

Dis 2017

5

Hari Sukan

Sepanjang Tahun

Ogos – Nov

 

20 Nov

 

30 Nov

6

Hari Anugerah

Sepanjang Tahun

Ogos – Nov

 

20 Nov

 

30 Nov

 

4Sila muat turun Surat berkaitan di ruangan "Attachment" di bawah.                                          

5.         Tuan diminta memastikan agar Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (selaku Pegawai Meja PIBK) dan Penyelaras Sarana mematuhi jadual yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas sila hubungi En. Shamsul bin Abu Khairi, Penolong PPD Perhubungan, di talian 05-3711273 atau 012-5217069

 

Kerjasama tuan sangatlah kami harapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

 

Sekian.

 

 

Unit Perhubungan
 b.p. Pegawai Pendidikan Daerah
       PPD Perak Tengah
 
 

 

Attachment:

Surat eSarana

  •  

    RENDAH

    MENENGAH

    JUMLAH

    SEKOLAH

             58              16            74

    MURID

           9164            8573        17737

    GURU

           1196             938         2134

    DATA SEHINGGA [ 15 JANUARI 2017 ] TIDAK TERMASUK PRA SEKOLAH

  •  
     
     
     
     
  • Meja Bantuan : 03-7711 4646
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    Talian bebas Tol: 1 800 88 2875
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    Meja Bantuan : 03-8884 3680,
    03-8884 3657, 03-8884 3649
    YTL : 018-7998787 
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  •