YT Revista - шаблон joomla Форекс

EDARAN CAKUPAN TOPIK PEPERIKSAAN DALAMAN TINGKATAN 4 & 5 SERTA JADUAL SPESIFIKASI ITEM (JSI) PEPERIKSAAN AWAL TAHUN (PAwT) TINGKATAN 5, TAHUN 2017 NEGERI PERAK

Ditulis oleh Super User on . Posted in Uncategorised

 

Semua Pengetua,

Sekolah Menengah

Daerah Perak Tengah

 

Tuan,

EDARAN CAKUPAN TOPIK PEPERIKSAAN DALAMAN TINGKATAN 4 & 5 SERTA JADUAL SPESIFIKASI ITEM (JSI) PEPERIKSAAN AWAL TAHUN (PAwT) TINGKATAN 5, TAHUN 2017 NEGERI PERAK

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas dan hebahan dari Portal JPN Perak bertarikh 25 Januari 2017 adalah berkaitan.

 

2.     Dengan ini dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Jurulatih Utama mata pelajaran Negeri Perak telah menyediakan Cakupan Topik Peperiksaan Dalaman Tingkatan 4 & 5 serta Jadual Spesifikasi Item (JSI) Peperiksaan Awal Tahun (PAwT) Tingkatan 5 bagi tahun 2017.

3.     Sehubungan dengan itu, Cakupan Topik dan JSI tersebut akan diedarkan ke sekolah melalui emel rasmi sekolah mulai 25 Januari 2017.  Sila semak e-mail sekolah.

4.     Jadual Spesifikasi Item (JSI) ini adalah kegunaan penggubal soalan sahaja dan pihak sekolah disarankan agar semua kertas soalan hanya boleh diserahkan semula kepada murid-murid selepas berakhirnya tarikh akhir peperiksaan dalaman bagi memastikan soalan peperiksaan tidak bocor ke sekolah yang lain. Surat pengedaran Cakupan Topik dan JSI boleh dimuat turun melalui ruangan ‘Attachment’ di bawah.

Kerjasama tuan sangatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

UNIT PENGURUSAN AKADEMIK 

b.p. Pegawai Pendidikan Daerah

Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah    

 

Attachments:

Surat Edaran Cakupan Topik dan JSI Peperiksaan Awal Tahun 2017

 

  •  

    RENDAH

    MENENGAH

    JUMLAH

    SEKOLAH

             58              16            74

    MURID

           9164            8573        17737

    GURU

           1196             938         2134

    DATA SEHINGGA [ 15 JANUARI 2017 ] TIDAK TERMASUK PRA SEKOLAH

  •  
     
     
     
     
  • Meja Bantuan : 03-7711 4646
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    Talian bebas Tol: 1 800 88 2875
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    Meja Bantuan : 03-8884 3680,
    03-8884 3657, 03-8884 3649
    YTL : 018-7998787 
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  •