YT Revista - шаблон joomla Форекс

PENCALONAN DAN PELANTIKAN RASMI GURU DATA BAHARU SESI 2017

Ditulis oleh Super User on . Posted in Uncategorised

 

Semua Pengetua/ Guru Besar

Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah   

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara diatas dan hebahan dari Portal JPN, Perak bertarikh 16 Januari 2017 adalah berkaitan.

Mohon kerjasama semua PGB yang akan mencalonkan Guru Data baharu sila ambil tindakan berikut:

1. PGB merancang dan mencalonkan Guru Data baharu sesi persekolahan 2017. Lengkapkan Borang Penlantikan Guru Data dan hantar ke Sektor Pengurusan maklumat (ICT), JPN Perak. Muat turun borang dari portal ini di Menu Perkhidmatan - Muat Turun -  Maklumat EMIS- Fail-Fail Guru Data.

atau   DI SINI.

2. Pastikan Guru Data lama telah menyedia dan menyerahkan Nota Serah Tugas yang lengkap termasuk senarai kerja-kerja yang BELUM selesai.

3. Pastikan Katalauan EMISOnline ditukar selepas diserahkan kepada Guru Data baharu.

4. Pastikan semua dokumen dalam Fail EMIS Sekolah sepanjang tahun 2016 juga lengkap sepenuhnya.

5. Guru Data lama (bagi kes bertukar jawatan di sekolah yang sama) membantu memberi latihan dalaman kepada Guru Data baharu yang dicalonkan oleh PGB.

6. Menukar Jawatan (Tugas Khas) Guru Data baharu dalam eOperasi.

Hal ini perlu dilaksanakan untuk mengelak pihak sekolah hadapi sebarang masalah akibat berlakunya pertukaran Guru Data. GDM sedia ada tidak perlu dicalonkan semula kecuali yang masih BELUM mempunyai surat lantikan rasmi dari JPN Perak.

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat,
b.p. Pegawai Pendidikan Daerah, Perak Tengah.

 

  •  

    RENDAH

    MENENGAH

    JUMLAH

    SEKOLAH

             58              16            74

    MURID

           9164            8573        17737

    GURU

           1196             938         2134

    DATA SEHINGGA [ 15 JANUARI 2017 ] TIDAK TERMASUK PRA SEKOLAH

  •  
     
     
     
     
  • Meja Bantuan : 03-7711 4646
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    Talian bebas Tol: 1 800 88 2875
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    Meja Bantuan : 03-8884 3680,
    03-8884 3657, 03-8884 3649
    YTL : 018-7998787 
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  •