YT Revista - шаблон joomla Форекс

PEMBAYARAN ELAUN GURU GANTI

Ditulis oleh Super User on . Posted in Uncategorised

Pengetua / Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah
 
Tuan, 
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.     Mohon perhatian kepada semua Ketua Pembantu Tadbir Pembantu Tadbir  agar menggunakan borang yang disertakan dalam penyediaan dokumen untuk Pembayaran Elaun Guru Ganti BERKUATKUASA 1 April 2017
 
3. Sila muat turun borang berkenaan di ruangan Attachment di bawah.

Unit Kewangan
Pejabat Pendidikan Daerah
Perak Tengah
Tel. : 05-3711273
Fax. : 05-3711272
 
Attachment :
 

MAKLUMAT KECICIRAN MURID SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH SEHINGGA 31 MAC 2017

Ditulis oleh Super User on . Posted in Uncategorised

Semua Pengetua dan Guru Besar

Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

(u.p.: Penolong Kanan HEM Sekolah Menengah dan

Penolong Kanan/Guru Kanan HEM Sekolah Rendah)

Tuan,

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk

2.           Bersama ini disertakan dokumen dokumen berkaitan diruang Attachment di bawah untuk dimuat turun untuk perhatian dan tindakan pihak tuan selanjutnya.

Perhatian dan kerjasama pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Unit Pengurusan Sekolah

b.p. Pegawai Pendidikan Daerah

       PPD Perak Tengah
 

KURSUS PHP & MYSQL UNTUK JURUTEKNIK KOMPUTER SEKOLAH SEKOLAH DAERAH PERAK TENGAH.

Ditulis oleh Super User on . Posted in Uncategorised

Pengetua  Dan Guru Besar,

Sekolah-Sekolah  Daerah Perak Tengah

(Seperti Dalam Lampiran)

 

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 

2.           Sukacita dimaklumkan,  bahawa Kolej Komuniti Pasir Salak  akan menganjurkan kursus seperti yang dinyatakan di atas yang diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh

:

28 & 29 Mac  2017 ( Selasa & Rabu )

Masa 

:

8.00 pagi  –  5.00 petang

Tempat

:

Makmal Pengaturcaraan 1,

Kolej Komuniti Pasir Salak

 


3.            Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk membenarkan Juruteknik Komputer dari sekolah tuan seperti di dalam lampiran untuk menghadiri kursus tersebut.

4.            Sebarang pertanyaan berkaitan kursus ini, sila hubungi Penolong PPD (Teknologi), En. Ahmad Jalaini Bin Zainudin, di talian 0195567784.

 5.             Sila muat turun surat berkaitan di Attachment di bawah.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan dalam perkara di atas amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

 

Unit Teknologi Maklumat

b.p. Pegawai Pendidikan Daerah

       PPD Perak Tengah

Attachment :

Surat Kursus PHP & MYSQL

Borang Tuntutan Elaun Basikal atau Tuntutan Elaun Motosikal

Ditulis oleh Super User on . Posted in Uncategorised

Pengetua / Guru Besar
Sekolah-Sekolah
Daerah Perak Tengah
 

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.            Mohon perhatian kepada semua Pembantu Operasi yang terlibat dengan Tuntutan Elaun Basikal atau Tuntutan Elaun Motosikal. Adalah dengan ini dimaklumkan BERKUATKUASA Tuntutan Bulan Mac 2017, semua Pembantu Operasi dikehendaki menggunakan Borang Tuntutan Elaun Basikal dan Borang Tuntutan Elaun Motosikal seperti yang dilampirkan. Buletin e-SPKB ANM.PK.P/P.600-5 Jld.10(17) bertarikh 6 Mac 2017 adalah dirujuk.
 
3.          Sila muat turun borang berkaitan di ruangan Attachment di bawah.
 
Sekian, terima kasih
 
 
 
Unit Kewangan
Pejabat Pendidikan Daerah
Perak Tengah
Tel. : 05-3711273
Fax. : 05-3711272
 
Attachment :
 
 
 

TAKLIMAT KATERING SIHAT, KESELAMATAN MAKANAN DAN PROGRAM BeSS (BERSIH, SIHAT DAN SELAMAT) DAN PROGRAM KENDIRI KANTIN/DEWAN MAKAN 2017

Ditulis oleh Super User on . Posted in Uncategorised

Pengarah,Pengetua dan Guru Besar,

Sekolah – Sekolah Daerah Perak Tengah,

Pejabat Pendidikan Perak Tengah.

 

Tuan,

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Perak Tengah bersama pihak Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan serta Pegawai Sains (Pemakanan) Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah akan mengadakan satu taklimat untuk semua penyelaras / guru kantin serta pengusaha kantin dan dapur asrama sekolah - sekolah di Daerah Perak Tengah. Butiran taklimat adalah seperti dibawah :

 

Pengusaha kantin dan Pembekal dapur asrama

Tarikh                :  21 Mac 2017(Selasa)

                        Masa                  :  9.00 pg

Tempat              :  Dewan Al-Biruni PPD Perak Tengah

 

Penyelaras / Guru kantin dan dapur asrama

Tarikh                            :  4 April 2017(Selasa)

                        Masa                  :  2.30 ptg

 

Tempat              :  Dewan Al-Biruni PPD Perak Tengah

 

3.       Kehadiran adalah diwajibkan. Segala kerjasama dan bantuan akan membantu melancarkan lagi program yang dijalankan. Jasa baik tuan-puan kami dahulukan dengan penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih.

 

 

4.            Sila muat turun surat panggilan taklimat di ruang Attachment di bawah untuk perhatian dan tindakan pihak tuan.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

 

 

Unit Pembangunan Kemanusiaan

b.p. Pegawai Pendidikan Daerah

       PPD Perak Tengah

 

Attachment :

 

1. Pengusaha kantin dan pembekal makanan Bermasak Asrama

2. Penyelaras / Guru kantin sekolah dan Dewan makan asrama

  •  

    RENDAH

    MENENGAH

    JUMLAH

    SEKOLAH

             58              16            74

    MURID

           9164            8573        17737

    GURU

           1196             938         2134

    DATA SEHINGGA [ 15 JANUARI 2017 ] TIDAK TERMASUK PRA SEKOLAH

  •  
     
     
     
     
  • Meja Bantuan : 03-7711 4646
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    Talian bebas Tol: 1 800 88 2875
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    Meja Bantuan : 03-8884 3680,
    03-8884 3657, 03-8884 3649
    YTL : 018-7998787 
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  •